Monday, August 17, 2009

makin celaru...makin gelabah...makin menakutkan...makin meresahkan

Pagi ni sampai tempat koje tengok bebudak masih tak ramai yang pakai mask. Kalu ada yang pakai pun entah berapa hari punya mask deme masih guna. Sari dua ni musim hujan, orang kenduri nak nyambut pose tak berhenti siang malam. Batuk dan selsema pada makin ramai yang kena nampaknya. Itu yang makin riso kita dibuatnya. Orang kita ni bab nak ambil langkah keselamatan ni payah sikit. Kampung teman tu kalu masa solat Jumaat bertenat campor dengan budak sekolah asrama kat situ. Bunyi batuk dan selsema sama beriringan dengan bunyi khatib dan tuk imam. Riso kalu ada yang jadi pembawanya.
Berita malam tadi udah 62 orang yang marhum. Selsema babi ni udah nampak macam tak terkawal. Main resah dibuatnya. Anak dara teman subuh tadi takut nak ke sekolah katanya, semalam aje dan 40 org lebih kena 'kurung' kat asrama, 3 orang kena tahan kad wad spital. Ate macamana tak makin bertambah. Nak pakai mask kena beli, harganya pulak udah naik berganda. Nak dapat pun payah kat kuale ni, dari dekat farmasi sampai kedai hardware manjangnya habis. Kedai 2 ringgit pun dah jual juge tapi tak sempat nak ngelihnya dah abih sapu di orang lain. Kemarin teman dah booking dengan kedai hardware simpan untuk teman 2 kotak. Tadi pergi kedai tingal sekotak aje lagi, terpaksa bagi orang ndak juge kata tokeh kedai kawan teman tu. Sekotak tu tahan le untuk anak beranak teman 7 orang untuk seminggu ni.
Ate ngapa agaknya pihak JPN ke KPM tak boleh membantu perkara ini. Belanja beso berbilion ringgit boleh laju je deme keluarkan, untuk keselamatan dar ancaman wabak ni patutnya boleh le juga macam itu.
PIBG(sekolah yang banyak duit) pun sepatutnya boleh juga memulakan langkah menyediakan mask ni kepada semua murid. Bukannya berbangga banyak nyimpan duit. Patutnya ambil langkah bersama. Bukan semua mak bapak (kat kg. khususnya) ada masa nak mencari mende(mask) tu. Nak mencarinya pun payah tak tau kat mana. Duit lagi nak kena keluar. Patut sangat le kementerian ni perihatin benda-benda macam ni.

Saturday, August 15, 2009

Pagi Yang Kanje

Lepas subuh pagi ni tadi (udah le terlewat sikit subuhnya) ingat nak le buat keroje nerang-nerang keliling rumah. Nengok rumah jiran-jiran udah abih belaka rumput semak dibersihkan. Maklum le nak nyambut pose. Lepas tu nak mengejap pokok-pokok deghoyan mana-mana yang buah pengujung masih ada sebiji dua lagi. Lepas tu baru le bercadang nak meracun rumput keliling rumah dan dekat dango deghoyan yang makin tinggi semaknya. Tengok jam udah pukul 7 duapuluh pg. Tengah syok-syok ngeliat terpandang le atas meja benda yang perlu nak dibawa ke tempat keroje. Teman tengok jam, teman tengok benda tu tup-tup gelabah beruk teman datang mengejut... hah kanje teman rupanya ari ni teman keroje, hari ganti. Jam udah 7.30 teman kat rumah lagi... ishh ngape le koje ari ni....

Friday, August 14, 2009

salam, teman orang baru weh

salam, teman ni aje nak mule bersembang-sembang ngecong le ape yang patut. boleh le kome semua teman nak joint ku... idak le mangko sorang-sorang ...adiosss.