Monday, August 17, 2009

makin celaru...makin gelabah...makin menakutkan...makin meresahkan

Pagi ni sampai tempat koje tengok bebudak masih tak ramai yang pakai mask. Kalu ada yang pakai pun entah berapa hari punya mask deme masih guna. Sari dua ni musim hujan, orang kenduri nak nyambut pose tak berhenti siang malam. Batuk dan selsema pada makin ramai yang kena nampaknya. Itu yang makin riso kita dibuatnya. Orang kita ni bab nak ambil langkah keselamatan ni payah sikit. Kampung teman tu kalu masa solat Jumaat bertenat campor dengan budak sekolah asrama kat situ. Bunyi batuk dan selsema sama beriringan dengan bunyi khatib dan tuk imam. Riso kalu ada yang jadi pembawanya.
Berita malam tadi udah 62 orang yang marhum. Selsema babi ni udah nampak macam tak terkawal. Main resah dibuatnya. Anak dara teman subuh tadi takut nak ke sekolah katanya, semalam aje dan 40 org lebih kena 'kurung' kat asrama, 3 orang kena tahan kad wad spital. Ate macamana tak makin bertambah. Nak pakai mask kena beli, harganya pulak udah naik berganda. Nak dapat pun payah kat kuale ni, dari dekat farmasi sampai kedai hardware manjangnya habis. Kedai 2 ringgit pun dah jual juge tapi tak sempat nak ngelihnya dah abih sapu di orang lain. Kemarin teman dah booking dengan kedai hardware simpan untuk teman 2 kotak. Tadi pergi kedai tingal sekotak aje lagi, terpaksa bagi orang ndak juge kata tokeh kedai kawan teman tu. Sekotak tu tahan le untuk anak beranak teman 7 orang untuk seminggu ni.
Ate ngapa agaknya pihak JPN ke KPM tak boleh membantu perkara ini. Belanja beso berbilion ringgit boleh laju je deme keluarkan, untuk keselamatan dar ancaman wabak ni patutnya boleh le juga macam itu.
PIBG(sekolah yang banyak duit) pun sepatutnya boleh juga memulakan langkah menyediakan mask ni kepada semua murid. Bukannya berbangga banyak nyimpan duit. Patutnya ambil langkah bersama. Bukan semua mak bapak (kat kg. khususnya) ada masa nak mencari mende(mask) tu. Nak mencarinya pun payah tak tau kat mana. Duit lagi nak kena keluar. Patut sangat le kementerian ni perihatin benda-benda macam ni.

No comments:

Post a Comment